Sistem Pernafasan

oleh : Nor Hidayah bt Hamzah [PISMP G8.6 Ambilan Jan 2008]

SISTEM PERNAFASAN


Definisi; satu sistem di mana Oksigen disedut masuk ke dalam tubuh dan diedarkan keseluruh tubuh badan dan proses metabolisme yang berlaku di dalam sel mengeluarkan karbon dioksida dari tubuh.


  • Bahagian yang terlibat dalam pernafasan;
    • Salur udara
    • Paru-paru
    • Otot-otot pernafasan


Saluran udara
    • Rongga hidung
    • Naso faring
    • Larinks
    • Trakea
    • Bronkus
    • Bronkiol
  • Saluran pernafasan berfungsi
    • menapis, memanas serta melembapkan udara masuk.
    • Mengawal kemasukan dan pengeluaran isi padu udara


Paru-paru
    • Gugusan alveoli
    • Salur kapilari


Otot-otot pernafasan
    • Otot-otot interkosta
    • Diafragma








BILANGAN PERNAFASAN SESEORANG


PERINGKAT
BILANGAN SEMINIT
Dewasa

Kanak-kanak 6-10 thn

Bayi
15-20 kali

22-25 kali

35-40 kali


Resusitasi ?
RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR) adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'. Terdapat tiga teknik yang digunakan di dalam EAR ini: 
MULUT-KE-MULUT
Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut
MULUT-KE-HIDUNG
Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar. 
MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT (EAR)
  • Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.

    EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya.
  • Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan
    • Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah penafasan tertentu seperti asma atau emfisema (perlu rawatan segera)
    • Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang berkesan.
Tanda-tanda untuk EAR
  • Sianosis - kepucatan
  • Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam seminit
Prosedur EAR
  • Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.
  • Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu)
  • Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin
  • Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru.
  • Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang dewasa. 
  • Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat.
  • Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba.
  • Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR)
  • Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara.
  • Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan pada leher. 
  • Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika pernafasan dan nadi masih tidak ada.
  • Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi dijalankan, anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala.
EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

  Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Apakah CPR?
  • Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas
  • Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada
  • Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan
  • Dua sebab utama CPR dilakukan:
   *terhenti pernafasan
   *tiada nadi
  • Kaedah:
  • Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan CPR
A – Airway (saluran pernafasan)
B – Breathing (pernafasan)
C – Circulation (peredaran darah)
Definisi :
Kombinasi teknik pernafasan bantuan dan tekanan dada
( Pemulihan pernafasan peparu jantung )
Tujuan : Memastikan jantung dan paru-paru   dapat berfungsi semula untuk mengepam darah disamping membekalkan oksigen ke seluruh  tubuh.


PERNAFASAN MULUT KE MULUT
  • 1-Dgn  keadaan mangsa baring melentang anda hendaklah terlebih dahulu membuang bendasing dalam mulut.
  • 2-Buka saluran udara dgn mencondongkan kepala ke belakang dan dagu diangkat ke atas.
  • 3-Tutup lubang hidung mangsa dgn memicitnya menggunakan ibu jari dari jari telunjuk anda.Tarik nafas sepenuhnya dan letakkan bibir anda di sekeliling mulut mangsa.
  • 4-Tiup ke dalam mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak.
5-Alihkan bibir anda dan biarkan dada mangsa turun perlahan-lahan. Berikan pernafasan berturut-turut


TEKANAN DADA
  • 1-Keadaan mangsa baring terlentang di permukaan rata.Berlutut di sisinya dan cari tulang selangka terakhir dgn menggunakan jari telunjuk dan jari tengah anda. Sorotkan jari anda ke atas sehingga kepada titik tengah pertemuan sempadan tulang selangka dan tulang dada.
  • 2- Letakkan bahagian belakang tapak tangan keatas tulang dada, sorot kebawah sehingga ia sampai ke jari telunjuk anda. Lakukan tekanan pada titik ini.
  • 3- Tindihkan tapak tangan anda dan selang-selikan jari-jari anda.
  • 4- Secara berbongkok dan dengan keadaan lengan yang lurus tekan secara tegak keatas dada mangsa. Tekan lebih kurang 4-5 cm. Kemudian lepaskan tekanan tanpa mengangkat tangan anda.
5- Ulangi tekanan sehingga 80 tekanan/minit tercapai


Permasalahan pernafasan


Penyakit Asma 
    • menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas. 
    • penyakit asma  sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga.
    • penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan saluran pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis.


tanda dan gejalanya , antaranya :
  • Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas.
  • Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.
  • Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.
  • Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.
  • Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara karena kepayahan dalam mengatur pernafasan.
  • Pada usia kanak-kanak, seperti rasa gatal dirongga dada atau leher.


Rawatan Kecemasan
  • Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk.
  • Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh bertongkat.
  • Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya.
  • Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan.

  • Masalah jantung

0 comments:

Post a Comment

.

.