Pembebatan

oleh : Nor Hidayah bt Hamzah [PISMP G8.6 Ambilan Jan 2008]

PEMBEBATAN


Tujuan pembebatan
  1. Menahan pendarahan
  2. Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan.
  3. Mencegah jangkitan di tempat luka.


Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci hama.  Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap.


Pembebat Semasa Kecemasan
  1. Sapu tangan yang bersih.
  2. Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.


Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka.  Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.


Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa kemalangan.  Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:-
  1. Pembalut tiga segi (triangular bandage).
  2. Pembalut lebar (broad bandage).
  3. Pembalut panjang (narrow bandage).
  4. Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembalut
  1. Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
  2. Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
  3. Mengampu bahagian yang cedera.
  4. Membantu menghentikan pendarahan.
  5. Mengurangkan bengkak.


Kain Anduh Tiga segi
Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.  Kain anduh yang baik berukuran 1 meter x 1.4 meter.  
Antara kegunaan kain anduh ialah:-
  1. Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
  2. Menghenti atau menahan pendarahan.
  3. Menetapkan bahagian yang cedera.
  4. Dapat digunakan sebagai pengipas.
  5. Menutup tempat yang luka atau cedera.
  6. Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.


Anduh (sling)
Jenis-jenis Anduh
  1. Anduh besar (large arm sling)
  • mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
  • mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
  1. Anduh tiga segi/Anduh St. John’s (triangular sling)
  • menahan pendarahan anggota atas.
  • Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
  • Mengampu anggota atas yang cedera.
  1. Anduh kecil (small arm sling)
  • mengampu kecederaan di bahagian bahu.
  • Mengampu tulang klavikal yang cedera.
  • Mengampu anggota atas yang cedera.
  1. Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
  • mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.

0 comments:

Post a Comment

.

.