Kecederaan Tisu Lembut

oleh : Nor Hidayah bt Hamzah [PISMP G8.6 Ambilan Jan 2008]

Kecederaan Tisu Lembut

Definisi :
  Kecederaan yang dialami oleh tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf, otot, tendon, ligamen, kelenjar, dan lapisan yang melindungi organ2 tubuh.  Kecederaan ini berpunca drpd rentapan pd sendi yg menyebabkan tisu2 disekeliling terkoyak.


PUNCA2 KECEDERAAN


  1. Ketegangan otot      otot separuh koyak
  2. Koyakan otot       koyakan sepenuhnya pd otot
  3. Calar2 pd bahagian dalam otot
Klasifikasi kecederaan sukan


Kategori mengikut tempoh masa wujud
  • Acute(baru)-kecederaan berlaku secara tiba-tiba atau baru berlaku
  • Chronic(lama)-kecederaan yang lama(masih sakit lagi


Kategori mengikut struktur badan
  • Tisu lembut : otot, ligament,tendon,saraf,salur darah
  • Tisu keras : tulang

Kecederaan luaran


Kecederaan pada permukaan kulit & tisu di bawah kulit
  • Luka- kulit terkoyak oleh benda tajam dan berdarah
  • Melecet- tergeris, epidermis dan terluka
  • Melepuh- kulit menggelembung dan ada air


Kecederaan dalaman


Kecederaan yang mekibatkan tisu-tisu badan
  • ligamen
  • tendon
  • otot
  • tulang

Faktor HARM
Kecederaan jenis tisu lembut, elakkan dari factor berikut


  • Heat-tambah pendarahan
  • Alcohol-tambah bengkak
  • Running-terlalu awal kecederaan terlalu teruk
  • Massage-dalam 8-78 jam pertam menambahkan pendarahan atau bengkak


(a)Kecederaan Tisu Lembut Tenat
Rawan terkoyak - Berlaku apabila tulang di sendi terpulas dan tertekan. - Biasanya berlaku di lutut. Tergeliat - Berlaku apabila otot atau tendon dipendekkan atau diregangkan dengan kuat.


(b) Kecederaan Tisu Lembut Kronik
Tergeliat kronik otot - Berlaku apabila otot dikerjakan berlebihan dan diregang berlebihan. - Wujud hasil dari beberapa minggu atau bulan. - Disebabkan oleh banyak punca keadaan.


  • Tendinitis - Berlaku apabila tendon diregangkan berlebihan atau digunakan berlebihan. - Kecederaan ini biasanya berlaku pada tendontendon patela ( lutut ), achilles ( tumit ) bila melakukan aktiviti berlari dan melompat yang berlebihan. - Kecederaan biceps dan ratator cuff ( bahu ) pula adalah individu membuat aktiviti bilangan bahu yang lemah dan tidak fleksibel.
  • Bursitis - Rongga sendi yang kecil, penuh cecair, terletak antara tulang, otot, tendon dan tisutisu lain. - Berlaku bila bahagian tertentu diasak. - Selalunya berlaku di siku dan lutut
  •  Kontusi (contusion )
    • Disebabkan pukulan terus dan menyebabkan cederapada saluran darah atau saluran halus putus - lebam dan pendarahan dalaman.
    • Bengkak& pergerakan terbatas.
    • Otot Terkoyak (muscle strain) disebabkan olehpengecutan otot secara tiba -tiba atau  disebabkanketidakupayaan otot menanggung bebankerja berlebihan.
    • Ianya melibatkan kemungkinan otot atau tendon tercedera dan mengsa merasaikesakitan di bahagian tercedera.
  • Kekejangan otot ( muscle cramp)
    •  Kontraksibuat sementara dan mengalami muscle spasm menjadikan otot rasa keras dan mangsa kesakitan.
    • berpunca dari atlit kurang cergas ( dari aspek daya tahan otot ),  kekurangan elektrolit (garam mineral) atau dihidrasi dalam badan (kehilangan air).
  • Dislokasi ( dislocation )
    • berlaku bila tulang sendi terkeluar dari asalnya  kejadian di mana pergerakan yang diluar dari julat asal.
    •  Menyebabkan ligamen dan tisu teregang, terkoyak atauterkeluardari tempat asal.
Tanda-tanda : a)Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian. b)Bengkak dan lebam bahagian sendi.c)Tidak dapat mengerakkan anggota yang tercedera.d)Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera.e)Terdapat tanda-tanda am renjatan
  • Terseliuh
    • berlaku bila ligamen sendi terkoyak @ teregang secara tiba- tiba menyebabkan sendi tidak stabil.
    • Tanda : bentuk ganjil & cacat, bengkak dan lebam.


  • Tergeliat (Sprain)
Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligament pada bahagian persendian akibat dari pergerakan yang melampaui batas.
Tanda-tanda dan Gejala tergeliat
a)Sakit bahagian yang tercedera.
 b)Bengkak dan lebam pada bahagian persendian.c)Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masihdapat mengerakkan anggota tersebut.


Prinsip mengurus kecederaan tisu lembut


  • Rawatan R.I.C.E. - R ( Rest ) : Merehatkan bahagian yang cedera. Pelajar / atlit terlibat tidak dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.


  • R.I.C.E - I ( Ice ) : Menggunakan ais pada bahagian yang cedera. Ais boleh diaplikasikan secara langsung atau tidak langsung. Jika langsung, ketulan ais perlu digerakkan dalam pergerakan bulatan. Aplikasi ais selama 5-10 minit dan ulang setiap 3 jam atau 4 kali sehari, jika boleh berbuat demikian.
  • R.I.C.E - I ( Ice ) : Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam pertama untuk mengelakkan bengkak kerana pengumpulan cecair di tempat yang cedera. Penggunaan ais ini boleh diteruskan sehingga 48 jam atau lebih. Walau bagaimanapun, penggunaan ais ini akan menyebabkan bahagian terlibat berasa kebas.
  • R.I.C.E - C ( Compression ) : Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera dengan dua cara. Pertama, cara tidak langsung dengan pembalut bahagian cedera, menggunakan bandage atau pita pelekat kain. Kedua, cara langsung, iaitu dengan tekanan tangan. Perhatian perlu diberi supaya ikatan tidak terlalu ketat sehingga mengganggu pengaliran darah.
  • R.I.C.E - E ( Elevation ) : Menaikkan bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi dari paras jantung. Ini boleh dilakukan dengan mengangkatkan kaki yang cedera ke atas bangku sambil berbaring. Nota :


Dalam masa 72 jam pertama sebarang urut pada bahagian yang cedera tidak dibenarkan. - Selepas 72 jam, mula dengan pergerakan perlahan diikuti dengan berlari perlahan. Sekiranya tidak rasa sakit di bahagian yang cedera, murid dianggap telah pulih.


RAWATAN KECEDERAAN


DR. ABC Sekiranya si mangsa tidak sedar diri, maka periksa samada : ~ Saluran pernafasan tersekat atau tidak ( Airway ) ~ Kadar pernafasan normal ( Breathing ) ~ Pengaliran darah berjalan ( Circulation )


  • DR. ABC - D ( Danger) : Pastikan bahawa mangsa telah bebas daripada bahaya disekitarnya. Contohnya, jika mangsa itu tersepit, maka benda yang menyebabkannya tersepit telah disingkirkan
  • DR. ABC - R ( Response ) :Pembantu mula memerhatikan gerak balas mangsa untuk memastikan keadaan sebenar mangsa. Mangsa sepatutnya bergerak balas terhadap cahaya terang, suara panggilan, sebarang bunyi di sekitarnya, sentuhan, bau dan rasa. Jika tiada gerak balas berlaku, mangsa itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau dalam keadaan terkejut.
  • DR. ABC - A ( Airway) : Pastikan terdapat bukaan yang cukup untuk laluan udara. Pastikan saluran udara tidak tersumbat untuk membolehkan mangsa bernafas dengan baik.
  • DR. ABC - B ( Breathing) : Pastikan mangsa masih bernafas atau tidak. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan jari di hadapan hidungnya untuk mengesan hembusan udara atau melihat sama ada mulutnya dibuka untuk bernafas. Jika mangsa tidak bernafas, bantuan pemulihan pernafasan handaklah diberikan dengan segera.
  • DR. ABC - C ( Circulation ) :Pastikan peredaran darah mangsa masih baik. Ini dapat dilakukan dengan mengira nadi mangsa itu. Kehadiran nadi menunjukkan bahawa jantung mangsa itu masih berdenyut. Nadi yang rendah menunjukkan denyutan jantungnya lemah. Jika terdapat punca kehilangan darah, contohnya luka, pendaharan itu mesti dikurangkan dengan membalut luka tersebut.

Kecederaan bahagian tangan, badan, kaki, kepala dan mata


  • Kecederaan
  • Cara mengurus kecederaan


Kemudahan dan peralatan pertolongan cemas dan rawatan kecederaan


  • Fungsi bilik rawatan sukan
    • Tempat memberi rawatan
  • Saiz, lokasi, struktur dan pengelolaan dalaman bilik rawatan
  • Peralatan yang perlu ada di dalam bilik rawatan
  • Penyimpanan rekod


KOTAK PERTOLONGAN CEMAS ( FIRST AID KID )
Keperluan-keperluan sesebuah kotak pertolongan cemas adalah seperti berikut :
1. Kotak yang bertutup untuk mengisi peralatan.
  1. Kain anduh tiga segi
  2. Kain kasa sucihama
  3. Kapas
  4. Kain pembalut gulung
  5. Kain pembalut gulung elastik ( crepe bandage )
  6. Plaster
  7. Ubat gosok atau minyak gosok
  8. Ubat luka ( lotion flavine, gentian violet atau burnol )
  9. Ubat cuci luka ( cetavlon atau dettol )
  10. Garam cium ( smelling salt )
  11. Penyepit ( forcep )
  12. Buku catitan
  13. Pin
  14. Pen/pensel


Kotak pertolongan cemas hendaklah selalu diperiksa supaya ianya bersih, alatannya mencukupi dan kotak itu di tutup dengan baik bagi mengelakkan dimasuki oleh serangga atau binatang. Selain itu, kotak pertolongan cemas perlu bertanda dengan tanda bulan sabit merah atau palang merah. Ia perlu diletak di tempat yang selamat dan mudah dilihat dan agak tinggi supaya tidak mudah diambil oleh kanak-kanak. Ubat berbentuk cecair perlu ditutup rapat supaya tidak mudah tumpah atau bocor dan ditanda dengan perkataan racun bagi bahan-bahan beracun.

13 comments:

  1. Good info from Nor Hidayah, pelajar pismp IPGKIK ambilan Jan 2008

    ReplyDelete
  2. Boleh saya mohon tambah info tentang cara-cara ikat kain anduh? Terutamanya kecederaan yang sering berlaku di sekolah.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Info yang mudah didapati dalam laman web tetapi tidak mudah didapati dalam bahasa melayu..terbaik..kipidap!!

    ReplyDelete
  4. terima kawih utk info yg sangat berharga ini

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing this info

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum
    Mohor nasihat bantuan saya sekarang sedang menanggung sakit Otot Terkoyak (muscle strain) disebabkan olehpengecutan otot secara tiba -tiba atau disebabkanketidakupayaan otot menanggung bebankerja berlebihan.
    Solat dan kerja2 rumah semua terganggu��tolong saya... Jazakallahu khoir

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..law sakit bhgian tendon drkt tumit kaki spa ubat ye..sdh 1 bulan

    ReplyDelete
  8. selepas berlari sy mengalami sakit di bhagian bawah punggung ketika hendak berjalan dan bangun,adakah ini dinamakan muscle strain?

    ReplyDelete
  9. Salam sejahtera.soalan:berapa lamakah tempoh masa baikpulih tisu angkle sprain ini?terima kasih atas jawapan

    ReplyDelete
  10. Salam sejahtera..nak tanya..kenapa ye saya berasa seperti ada sesuatu terkoyak didalam betis sblh kiri saya semasa saya sedang solat untuk sujud ye..apa masalah pada betis saya ye..saya rasa ianya mcm terkoyak dan rasa pedih didlm betis sy setiap kali rasa tkoyak tu.....apa patut saya lakukan..

    ReplyDelete
  11. Aslkm..tisu koyak tak sembuh dh 7x fisio. Adake cara tradisionl utk ceptkn tisu pulih selain ultrsound..mohon nasihat

    ReplyDelete
  12. Bahagian pangkal betis kaki kiri bawah lutut sakit bila bergerak maupun baru berdiri x sampai 20 saat.apa masalahmya

    ReplyDelete

.

.