Nikmat ALLAH yang Luar Biasa adalah Kesihatan

Learn to identify your stressors and effective ways to manage them....

Minda Sihat Badan Cergas

Every little bit counts! Find out what motivates you to be active.~http://oregonstate.edu/bewell/manage-stress~

Minda Sihat Akal Waras

A healthy body is a guest-chamber for the soul; a sick body is a prison.[Francis Bacon (1561 – 1626)]

Super Healthy Kids of The Year

The body is like a piano, and happiness is like music. It is needful to have the instrument in good order.[Henry Ward Beecher (1813 – 1887) ]

Bersyukurlah Anda Sihat

To keep the body in good health is a duty, otherwise we shall not be able to keep our mind strong and clear[Buddha (c. 563 BC to 483 BC)]

Kecederaan Tisu Lembut

oleh : Nor Hidayah bt Hamzah [PISMP G8.6 Ambilan Jan 2008]

Kecederaan Tisu Lembut

Definisi :
  Kecederaan yang dialami oleh tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf, otot, tendon, ligamen, kelenjar, dan lapisan yang melindungi organ2 tubuh.  Kecederaan ini berpunca drpd rentapan pd sendi yg menyebabkan tisu2 disekeliling terkoyak.


PUNCA2 KECEDERAAN


  1. Ketegangan otot      otot separuh koyak
  2. Koyakan otot       koyakan sepenuhnya pd otot
  3. Calar2 pd bahagian dalam otot
Klasifikasi kecederaan sukan


Kategori mengikut tempoh masa wujud
  • Acute(baru)-kecederaan berlaku secara tiba-tiba atau baru berlaku
  • Chronic(lama)-kecederaan yang lama(masih sakit lagi


Kategori mengikut struktur badan
  • Tisu lembut : otot, ligament,tendon,saraf,salur darah
  • Tisu keras : tulang

Kecederaan luaran


Kecederaan pada permukaan kulit & tisu di bawah kulit
  • Luka- kulit terkoyak oleh benda tajam dan berdarah
  • Melecet- tergeris, epidermis dan terluka
  • Melepuh- kulit menggelembung dan ada air


Kecederaan dalaman


Kecederaan yang mekibatkan tisu-tisu badan
  • ligamen
  • tendon
  • otot
  • tulang

Faktor HARM
Kecederaan jenis tisu lembut, elakkan dari factor berikut


  • Heat-tambah pendarahan
  • Alcohol-tambah bengkak
  • Running-terlalu awal kecederaan terlalu teruk
  • Massage-dalam 8-78 jam pertam menambahkan pendarahan atau bengkak


(a)Kecederaan Tisu Lembut Tenat
Rawan terkoyak - Berlaku apabila tulang di sendi terpulas dan tertekan. - Biasanya berlaku di lutut. Tergeliat - Berlaku apabila otot atau tendon dipendekkan atau diregangkan dengan kuat.


(b) Kecederaan Tisu Lembut Kronik
Tergeliat kronik otot - Berlaku apabila otot dikerjakan berlebihan dan diregang berlebihan. - Wujud hasil dari beberapa minggu atau bulan. - Disebabkan oleh banyak punca keadaan.


  • Tendinitis - Berlaku apabila tendon diregangkan berlebihan atau digunakan berlebihan. - Kecederaan ini biasanya berlaku pada tendontendon patela ( lutut ), achilles ( tumit ) bila melakukan aktiviti berlari dan melompat yang berlebihan. - Kecederaan biceps dan ratator cuff ( bahu ) pula adalah individu membuat aktiviti bilangan bahu yang lemah dan tidak fleksibel.
  • Bursitis - Rongga sendi yang kecil, penuh cecair, terletak antara tulang, otot, tendon dan tisutisu lain. - Berlaku bila bahagian tertentu diasak. - Selalunya berlaku di siku dan lutut
  •  Kontusi (contusion )
    • Disebabkan pukulan terus dan menyebabkan cederapada saluran darah atau saluran halus putus - lebam dan pendarahan dalaman.
    • Bengkak& pergerakan terbatas.
    • Otot Terkoyak (muscle strain) disebabkan olehpengecutan otot secara tiba -tiba atau  disebabkanketidakupayaan otot menanggung bebankerja berlebihan.
    • Ianya melibatkan kemungkinan otot atau tendon tercedera dan mengsa merasaikesakitan di bahagian tercedera.
  • Kekejangan otot ( muscle cramp)
    •  Kontraksibuat sementara dan mengalami muscle spasm menjadikan otot rasa keras dan mangsa kesakitan.
    • berpunca dari atlit kurang cergas ( dari aspek daya tahan otot ),  kekurangan elektrolit (garam mineral) atau dihidrasi dalam badan (kehilangan air).
  • Dislokasi ( dislocation )
    • berlaku bila tulang sendi terkeluar dari asalnya  kejadian di mana pergerakan yang diluar dari julat asal.
    •  Menyebabkan ligamen dan tisu teregang, terkoyak atauterkeluardari tempat asal.
Tanda-tanda : a)Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian. b)Bengkak dan lebam bahagian sendi.c)Tidak dapat mengerakkan anggota yang tercedera.d)Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera.e)Terdapat tanda-tanda am renjatan
  • Terseliuh
    • berlaku bila ligamen sendi terkoyak @ teregang secara tiba- tiba menyebabkan sendi tidak stabil.
    • Tanda : bentuk ganjil & cacat, bengkak dan lebam.


  • Tergeliat (Sprain)
Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligament pada bahagian persendian akibat dari pergerakan yang melampaui batas.
Tanda-tanda dan Gejala tergeliat
a)Sakit bahagian yang tercedera.
 b)Bengkak dan lebam pada bahagian persendian.c)Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masihdapat mengerakkan anggota tersebut.


Prinsip mengurus kecederaan tisu lembut


  • Rawatan R.I.C.E. - R ( Rest ) : Merehatkan bahagian yang cedera. Pelajar / atlit terlibat tidak dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.


  • R.I.C.E - I ( Ice ) : Menggunakan ais pada bahagian yang cedera. Ais boleh diaplikasikan secara langsung atau tidak langsung. Jika langsung, ketulan ais perlu digerakkan dalam pergerakan bulatan. Aplikasi ais selama 5-10 minit dan ulang setiap 3 jam atau 4 kali sehari, jika boleh berbuat demikian.
  • R.I.C.E - I ( Ice ) : Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam pertama untuk mengelakkan bengkak kerana pengumpulan cecair di tempat yang cedera. Penggunaan ais ini boleh diteruskan sehingga 48 jam atau lebih. Walau bagaimanapun, penggunaan ais ini akan menyebabkan bahagian terlibat berasa kebas.
  • R.I.C.E - C ( Compression ) : Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera dengan dua cara. Pertama, cara tidak langsung dengan pembalut bahagian cedera, menggunakan bandage atau pita pelekat kain. Kedua, cara langsung, iaitu dengan tekanan tangan. Perhatian perlu diberi supaya ikatan tidak terlalu ketat sehingga mengganggu pengaliran darah.
  • R.I.C.E - E ( Elevation ) : Menaikkan bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi dari paras jantung. Ini boleh dilakukan dengan mengangkatkan kaki yang cedera ke atas bangku sambil berbaring. Nota :


Dalam masa 72 jam pertama sebarang urut pada bahagian yang cedera tidak dibenarkan. - Selepas 72 jam, mula dengan pergerakan perlahan diikuti dengan berlari perlahan. Sekiranya tidak rasa sakit di bahagian yang cedera, murid dianggap telah pulih.


RAWATAN KECEDERAAN


DR. ABC Sekiranya si mangsa tidak sedar diri, maka periksa samada : ~ Saluran pernafasan tersekat atau tidak ( Airway ) ~ Kadar pernafasan normal ( Breathing ) ~ Pengaliran darah berjalan ( Circulation )


  • DR. ABC - D ( Danger) : Pastikan bahawa mangsa telah bebas daripada bahaya disekitarnya. Contohnya, jika mangsa itu tersepit, maka benda yang menyebabkannya tersepit telah disingkirkan
  • DR. ABC - R ( Response ) :Pembantu mula memerhatikan gerak balas mangsa untuk memastikan keadaan sebenar mangsa. Mangsa sepatutnya bergerak balas terhadap cahaya terang, suara panggilan, sebarang bunyi di sekitarnya, sentuhan, bau dan rasa. Jika tiada gerak balas berlaku, mangsa itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau dalam keadaan terkejut.
  • DR. ABC - A ( Airway) : Pastikan terdapat bukaan yang cukup untuk laluan udara. Pastikan saluran udara tidak tersumbat untuk membolehkan mangsa bernafas dengan baik.
  • DR. ABC - B ( Breathing) : Pastikan mangsa masih bernafas atau tidak. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan jari di hadapan hidungnya untuk mengesan hembusan udara atau melihat sama ada mulutnya dibuka untuk bernafas. Jika mangsa tidak bernafas, bantuan pemulihan pernafasan handaklah diberikan dengan segera.
  • DR. ABC - C ( Circulation ) :Pastikan peredaran darah mangsa masih baik. Ini dapat dilakukan dengan mengira nadi mangsa itu. Kehadiran nadi menunjukkan bahawa jantung mangsa itu masih berdenyut. Nadi yang rendah menunjukkan denyutan jantungnya lemah. Jika terdapat punca kehilangan darah, contohnya luka, pendaharan itu mesti dikurangkan dengan membalut luka tersebut.

Kecederaan bahagian tangan, badan, kaki, kepala dan mata


  • Kecederaan
  • Cara mengurus kecederaan


Kemudahan dan peralatan pertolongan cemas dan rawatan kecederaan


  • Fungsi bilik rawatan sukan
    • Tempat memberi rawatan
  • Saiz, lokasi, struktur dan pengelolaan dalaman bilik rawatan
  • Peralatan yang perlu ada di dalam bilik rawatan
  • Penyimpanan rekod


KOTAK PERTOLONGAN CEMAS ( FIRST AID KID )
Keperluan-keperluan sesebuah kotak pertolongan cemas adalah seperti berikut :
1. Kotak yang bertutup untuk mengisi peralatan.
  1. Kain anduh tiga segi
  2. Kain kasa sucihama
  3. Kapas
  4. Kain pembalut gulung
  5. Kain pembalut gulung elastik ( crepe bandage )
  6. Plaster
  7. Ubat gosok atau minyak gosok
  8. Ubat luka ( lotion flavine, gentian violet atau burnol )
  9. Ubat cuci luka ( cetavlon atau dettol )
  10. Garam cium ( smelling salt )
  11. Penyepit ( forcep )
  12. Buku catitan
  13. Pin
  14. Pen/pensel


Kotak pertolongan cemas hendaklah selalu diperiksa supaya ianya bersih, alatannya mencukupi dan kotak itu di tutup dengan baik bagi mengelakkan dimasuki oleh serangga atau binatang. Selain itu, kotak pertolongan cemas perlu bertanda dengan tanda bulan sabit merah atau palang merah. Ia perlu diletak di tempat yang selamat dan mudah dilihat dan agak tinggi supaya tidak mudah diambil oleh kanak-kanak. Ubat berbentuk cecair perlu ditutup rapat supaya tidak mudah tumpah atau bocor dan ditanda dengan perkataan racun bagi bahan-bahan beracun.

Pendarahan Terbuka

oleh : Nor Hidayah bt Hamzah [PISMP G8.6 Ambilan Jan 2008]

Pendarahan terbuka


  • Definisi pendarahan terbuka
    • Terkeluar darah daripada sistem pendaahan atau sistem edaran tercedera
  • Pendarahan berlaku melalui:


    • Pendarahan Arteri
Darah keluar berwarna merah cerah/ terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut mengikut denyutan jantung.


    • Pendarahan Vena
Darahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar perlahan-lahan.


    • Pendarahan Kapilari
Darahnya keluar secara meleleh.


Prinsip mengawal pendarahan terbuka
    • Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna.
    • Bersihkan luka dari kotoran.
    • Tekan di tempat luka supaya darah tidak mengalir keluar (tiada benda asing) – jika ada – buat balutan cincin.
  • Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
  1. Hentikan pendarahan secara langsung
          • mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.
  1. Secara tidak langsung
- Tahan darah secara tidak langsung – tempat tekan nadi.
          • -menggunakan penjerut – catitan masa direkodkan.  Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit.
    • Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
    • Periksa nadi/pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan.
    • Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai.
    • Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan.
    • Jika ada tanda-tanda renjatan, beri bantuan kecemasan untuk renjatan.
    • Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera.
  • Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.


Terdedah kepada haba yang melampau


STRESS HABA
  • Bagaimana stres haba terjadi?
  Apabila suhu atmosfera menjadi seimbang dengan suhu badan, maka badan tidak berupaya utk menghilangkan haba menerusi radiasi. Jika terdapat humiditi yang tinggi peluh tidak dapat meluap dgn sempurna. Aktiviti riadah yang aktif, haba yang berlebihan akan dijanakan oleh kegiatan otot. Kelesuan haba atau keadaan yang lebih bahaya ialah strok haba akan menyerang.

Gejala dan tanda :


-Heat exhaustion (Kehilangan air berlebihan)
*Gejala : Cirit birit dan muntah.
*Tanda :
   1. Pening kepala, pitam dan kebingungan.
   2. Hilang selera makan dan loya.
   3. Berpeluh, kulit yang berlengas dan pucat.
   4. Kekejangan pd kaki dan tangan atau perut.
   5. Pernafasan dan denyutan nadi yang cepat dan lemah


 -Heat Stroke (Strok haba)
*Gejala : Menyerang secara tiba-tiba dan menyebabkan mangsa
  tidak sedarkan diri dalam beberapa minit.
* Tanda :
  -1. Pening kepala, pitam dan tidak selesa.
  -2. Lesu dan kebingungan.
  -3. Kulit kering, merah dan panas.
  -4. Darjah gerakbalas menurun dengan pantas.
  -5. Denyutan nadi yaqng penuih dan melantun.
  -6. Suhu badan lebih 40 darjah Celcius.


-Heat Cramp (Kejang haba)
  *Gejala : Ketidakseimbangan  air dan elektrolit iaitu Natrium dan Klorida dalam badan. Sering berlaku di gastrocnemius dan abdomen. Berlaku akibat kehilangan air dan elektrolit melalui perpeluhan.
*Tanda :
  -1. Otot menjadi keras
  -2. Pergerakan tidak normal


Langkah-langkah mengelakkan stres haba
  1. Menyesuaikan diri dengan keadaan, cuaca dan suhu yang panas sekurang-kurangnya seminggu sebelum hari pertandingan.
  2. Minum air sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi latihan atau pertandingan.
  3. Pakaian diperbuat daripada 100% kapas adalah yang paling sesuai dalam cuaca yang panas.Pemakaian topi digalakkan bagi mengelakkan kehilangan 40% haba dibahagian kepala.
  4. Elak daripada berlatih dalam cuaca panas.


Pengsan


Definisi Pengsan ( Syncope ) :
  • Kehilangan daya kesedaran yg disebabkan oleh penyusutan sementara pengaliran darah ke otak
Tanda2:
  • Mangsa rebah
  • Denyutan nadi perlahan
  • Warna kulit pucat
Punca2:
  • Kecederaan di kepala
  • Stroke / pitam / serangan sakit jantung/renjatan
  • Darah beroksigen yg rendah ( hipoksia )
  • Keracunan yang dibekalkan ke otak termasuk alkohol dan dadah
  • Sawan dan suhu badan tidak normal
RAWATAN PENGSAN
  • Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan sendengkan bahagian kepala
  • Periksa pernafasan dan denyutan nadi
  • Jika mangsa muntah, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan
  • Periksa mangsa dengan pantas dan sistematik untuk kenalpasti pendarahan luar atau keretakan tulang. ( sekiranya terdapat pendarahan luar / keretakan  tulang-hentikan pendarahan
  • Minta maklumat drp orang ramai yg menyaksikan kemalangan
  • Jika mangsa tidak memperolehi daya kesedaran dalam tempoh 3 minit, dial 999. Jika mangsa memperolehi daya kesedaran dlm tempoh 3 minit, nasihatkan mangsa berjumpa doktor
Mengangkat dan membawa pesakit

Pertimbangan sebelum mengangkat pesakit semasa kecemasan.


  • Kebakaran atau bahaya kebakaran
  • Bahan letupan atau bahan-bahan berbahaya
  • Ketidakupayaan untuk melindungi pesakit dari bahaya
  • Ketidakupayaanuntuk mengakses pesakit lain yang memerlukan penjag
  • Situasi lain yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kecederaan
  • Tidak menyediakan penjagaan menyelamatkan nyawa disebabkan oleh lokasipesakit atau kedudukan


Prinsip mengangkat pesakit


1. Pertimbangkan berat pesakit bersama-sama dengan berat usungan atau peralatan lain yang sedang dijalankan dan menentukan sama ada bantuan tambahan diperlukan.

2. Mengetahui keupayaan fizikal dan batasan anda. Tahu keupayaan gabungan anda dengan pasangan anda. Jika benar-benar perlu, anda boleh meminta penonton untuk membantu. Anda atau pasangan anda mesti yang bertanggungjawab dan memberi perintah, tidak pengamat.

3. Angkat tanpa memulas. Elakkan sebarang gerakan berayun apabila mengangkat

4. Kedudukan kaki lebar bahu anda selain dengan satu kaki sedikit di hadapan yang lain. 

5. Berkomunikasi dengan jelas dan kerap dengan pasangan anda.  beritahu pesakit apa yang anda akan lakukan terlebih dahulu. 
PEMINDAHAN PESAKIT
Pemindahan pesakit boleh dilakukan dengan berbagai cara. Antaranya ialah:
    1. seorang pembantu (single helper)
    2. dua orang pembantu (double helpers)
    3. menggunakan penggusung (stretcher)


  1. Seorang pembantu (Single Helper)
Kaedah seorang pembantu boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara.
Antaranya ialah:
  • Kaedah dukungan (Cradle Lift)
-kaedah ini sesuai digunakan untuk mengusung pesakit yang ringan terutama kanak-kanak dan bayi.
  • Bergandingan dengan pesakit (Human Crutch)
-Usungan ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang boleh berjalan atau mengalami kecederaan sebelah anggota bawah. Mangsa berjalan beriringan dengan pembantunya.
                 Mendukung di belakang atau encang (Pick a back)
-Mangsa memanjat sambil memeluk belakang pembantunya.Tangan pembantu mengampu kedua belah anggota bawah mangsa. Mangsa berada di dalam keadaan sedar.
  • Dukung di bahu atau usungan bomba ( Firearm Lift)
-Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan kepala mangsa condong ke bawah manakala badannya berada di atas bahu pembantunya.
  • Usungan merangkak
-Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau sedar di tempat yang sempit. Mangsa menyangkut kedua belah tangan di leher pembantunya. Pembantu akan merangkak sambil mengheret mangsa.
  • Usungan menarik
-Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa. Tumpangkan tangan mangsa di bahagian ketiak. Tarik mangsa secara berundur ke belakang.
  • Menarik menggunakan blanket
-Letakkan mangsa di atas blanket. Pegang kedua belah bucu di bahagian kepala mangsa. Tarik blanket secara berundur ke balakang.
  1. Kaedah dua pembantu
  • Duduk di atas dua tangan (two hand seat)
-Mangsa memegang bahu kiri dan kanan pembantunya sambil duduk di atas tangan pembantunya. Kedua-dua pembantu menggunakan sebelah lengan masing-masing sebagi tempat duduk mangsa. Manakala tangan yang lagi sebelah mengampu belakang mangsa.
  • Mengusung berekoran atau berbuntut.
-Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah ketiak      mangsa dari arah belakang mangsa. Manakala seorang lagi berdiri di celah kangkang dengan muka mengadap ke belakang mangsa sambil memeluk kedua-dua bahagian lutut mangsa.


  • Duduk di atas tiga tangan (three hand seat)
-Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat duduk mangsa. Sementara sebelah tangan lagi mengampu belakang mangsa.


  • Duduk di atas empat tangan (four hand seat)
-Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai tempat duduk mangsa. Mangsa akan memeluk bahu pembantu-pembantunya.


  • Mengangkat menggunakan kerusi
-Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala pembantu-pembantu mengangkat kaki kerusi. Cara ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara usungan beriringan atau secara berekoran.


  1. Usungan menggunakan penggusung ( Stretcher)
  • Pengusung gantian ( improvise stretcher)
  1. menggunakan kain blanket atau selimut tebal dan diangkat di keempat-empat bucunya.
  2. Menggunakan empat atau lima kain anduh yang diikat di dua batang kayu.
  3. Menggunakan dua buah guni yang ditebuk buntutnya. Kemudian dimasukkan dua batang kayu dalam guni itu.
  4. Menggunakan dua kain sarung yang dimasukkan dua batang kayu di dalamnya.
  5. Menggunakan tiga atau empat kain baju kemeja. Masukkan dua batang kayu di dalam baju-baju tersebut dan kemudian dibutangkan kancingnya.
  • Jenis stetcher
    • Wheel stretcher
    • Portable
    • Scoop
    • Flexible
    • Basket
    • Flexible
    • Stair chair
    • Long backboard
    • Short board


Prinsip menguruskan kecederaan patah


Definisi:
Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagiantulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atausebagainya.


Punca-punca patah
Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsunga)


  • Secara Langsung
Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kenatembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan. 


  • Secara Tidak Langsung
Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan.Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yangsecara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.

Jenis-jenis patah


  1. Patah tebu/tertutup (simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah. b)
  1. Patah riok (Compound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit.


  1. Patah melarat (Complicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapatkecederaan.d)


  1. Patah Remok (Comminuted fracture)
Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.


  1. Patah Terenyok (Impacted fracture)
Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunyaterbenam ke dalam tulang yang patah itu.


  1. Patah Rebung (Green Stick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanyaterjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.


  1. Pecah Remok (Depressed fracture)
Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpitorgan lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenammenghimpit otak

Rawatan awal


  1. Beritahu mangsa supaya jangan bergerak.
  2. Jika terdapat luka, kawal pendarahan. Tekan luka dengan pembebat yang bersih.
  3. Bagi kaki yang patah, balut pada bahagian lutut dan buku lali.
  4. Bagi lengan, gunakan sling.
  5. Dail 999 untuk dapatkan perkhidmatan ambulan.
  6. Periksa peredaran darah pada tangan atau kaki setiap 10 minit.
Tanda-tanda patah
    • Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
    • Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.
    • Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
    • Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.
    • Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang,sendi atau otot.
    • Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.


Prinsip mengurus kecederaan patah


    • Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut :
    • Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.
    • Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan ditempat kejadian.
    • Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
    • Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih.
    • Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat.
    • Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

.

.