Kecederaan Kulit

oleh : Nor Hidayah bt Hamzah [PISMP G8.6 Ambilan Jan 2008]

Kecederaan kulit

  • Jenis kecederaan

Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :

  • Luka       : kulit terkoyak disebabkan terkena benda
                       tajam atau keras. Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius.


  • Melepuh       : Berlaku disebabkan geseran di antara
bahagian badan dengan permukaan yang lain .  
Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan     
mengelembung.

  • Melecet       :     Berlaku apabila bahagian badan bergeser  
 dengan permukaan lain. Lapisan epidermis
terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit   
 tidak cedera.

Rawatan Am Terbakar dan Melecur

  1. Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
  2. Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.
  3. Tenangkan mangsa.
  4. Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.
  5. Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.
  6. Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat.
  7. Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.
  8. Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
  9. Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
  10. Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang.
  11. Dapatkan rawatan perubatan segera.

Terbakar oleh Asid atau Alkali

  1. Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera.
  2. Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak.
  3. Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid.
  4. Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.
  5. Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih.
  6. Dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan Terbakar Pakaian

  1. Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya  api dapat dipadamkan.
  2. Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian.
  3. Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.
  4. Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu dilakukan.
  5. Cuci tempat terbakar dengan cermat.
  6. Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.


  • Rawatan kecederaan kulit
  • Pencegahan jangkitan

0 comments:

Post a Comment

.

.