Kecederaan Dalam Sukan

oleh : Nor Hidayah bt Hamzah [PISMP G8.6 Ambilan Jan 2008]


Konsep asas kecederaan dalam sukan dan prinsip asas pertolongan cemas

Definisi Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit.
Konsep Pertolongan Cemas
Pertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Tujuan Pertolongan Cemas

1.Selamatkan nyawa
  Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.
2.Mengelakkan dari bertambah buruk
  Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
3.  Mengurangkan kesakitan
  Memberi keselesaan, keyakinan  dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit
  DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN
•Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera
• Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.

Sikap Yang Perlu Ada Pada Pemberi Pertolongan Cemas

BERPENGETAHUAN        TENANG          
BERKEYAKINAN               LEMAH LEMBUT
TAJAM PENGAMATAN     BERTANGGUNGJAWAB
PANTAS BERTINDAK       AMANAH
Prinsip pengurusan situasi kecemasan
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
  1. Menyelamatakan nyawa
  2. Mengurangkan kesakitan
  3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
  4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
  1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
  2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
  3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
    sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
    memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
  4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:

  1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
  2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
  3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
  4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna
Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
Bertindak dengan cepat dan tenang.  Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
pengambilan kadar denyutan nadi

BILANGAN NADI SESEORANG

PERINGKAT
BILANGAN SEMINIT
Dewasa

Kanak-kanak

Bayi
70-80 kali

90-100 kali

100-140 kali


Sukan, perubatan sukan dan jurulatih sukan

Konsep sukan dan perubatan sukan

Konsep Sukan
  1. Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan - pertandingan keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan.
  2. Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton dianggap sukan, tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dianggap aktiviti rekreasi.
  3. Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan - sama ada sebagai peserta atau penonton.
  4. Sukan - aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk media massa atau elektronik dan sumber pendapatan.
  5. Sukan mengandungi; ( i ) latihan kemahiran berguna secara rekreasi, ( ii ) peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
  6. Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda ukur (benchmark) terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan sebagainya.

"Sukan adalah segala kegiatan yang melibatkan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan, pertandingan atau menyihatkan tubuh badan."
- Kamus Dewan Edisi ke-5 -

Perbezaan Antara Sukan, Permainan dan Latihan

  1. Sukan melibatkan peserta berkemahiran (atlet atau individu berpengetahuan).
  2. Permainan tidak mempunyai tujuan jelas tetapi boleh berubah kepada sukan seperti permainan kanak-kanak.
  3. Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu sukan.

Perubatan Sukan
  1. Perubatan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness).
  2. Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu atlet pulih dari kecederaan yang dialami sewaktu terlibat dalam aktiviti sukan, selain membincangkan hal-hal mencegah kecederaan semasa bersukan.

6 Langkah dalam Kitaran Kecederaan


Kepentingan Terapi dalam Sukan

Terapi kecederaan terbahagi kepada 2 :
Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba
Urutan sukan

Peranan dan Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas Sukan

  1. Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.
  2. Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan senyap - elakkan terlalu banyak bercakap perkara yang tidak patut dengan mangsa.
  3. Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa terhenti.
  4. Memberi perangsang kepada mangsa.
  5. Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.
  6. Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika kecederaan serius.
  7. Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan.
  8. Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi memastikan keadaan mangsa akan datang.

Pencegahan Kecederaan dalam Sukan dan Langkah-langkahnya
Definisi

Pencegahan kecederaan di dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.
Prinsip Pencegahan Kecederaan

Prinsip pencegahan yang perlu diberi keutamaan ialah

1)Prinsip latihan 
  • Penambahan beban senaman secara beransur-ansur
  • Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
  • Intensiti
  • Motivasi
  • Pengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif
  • Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan
  • Rutin

2) Memanaskan badan Tujuan - sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran , melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.

3) Ansur maju latihan
Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju : 
  • memulihkan kecederaan
  • meningkatkan perkembangan
  • meningkatkan keyakinan diri

4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan - Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.

5) Keselamatan kemudahan dan peralatan
Berlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang, padang dan dewan.

6)Peralatanperlindungan 
Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripda peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.

Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan di dalam kitaran kecederaan

  • Menguasai teknik yang betul - Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang betul.

  • Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik - Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana : 
    (a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi. 
    (b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.
    (c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh


  • Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai - Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permainan. Elakkan menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh. 
  • Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang - Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih seronok. Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka akan mengalami kecederaan ketika pertandingan.

  • Pengurusan Emosi 
    Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit.
    Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.
    Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.

Pendekatan rawatan kecederaan

  • Kepentingan pendekatan yang sistematik
    • Mengelakkan kecederaan daripada bertambah teruk.
    • Mengurangkan kesakitan.
    • Mengenalpasti bahagian anggota badan yang cedera.

Langkah-langkah Penyelesaian Masalah Kecederaan

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
  • D  =  Danger  (Bahaya) = Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya
  • R  =  Respond  (Tindak balas/Reaksi) = Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa. Jika sedar :   Tanya mangsa keadaannya.  Pastikan kecederaan atau kesan lain.  Berikan rawatan yang sewajarnya. Dapatkan bantuan jika perlu. Jika tidak sedar: Pastikan saluran pernafasan terbuka       dan tiada halangan. Periksa samada mangsa bernafas       atau tidak. Periksa pengaliran darah dengan    merasa denyutan nadi di leher (karotid). Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:

    • 1) A - Alert  (sedar sepenuhnya)

    • 2) V - Verbal (respon terhadap suara)

    • 3) P – Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan)

    • 4) U – Unconcious (tiada apa-apa respon)

  • A  =  Airway  (Saluran pernafasan) = Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa
  • B  =  Breathing  (Pernafasan) = Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation
  • C  =  Circulation  (Peredaran/Pengaliran   Darah)= Pastikan nadi mangsa berfungsi  - semak di nadi karotid atau di leher , jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

  • Menilai kecederaan – TOTAPS


T - Talking ( bercakap )
O - Observe (memerhati)
T - Touch ( sentuhan)
A - Active ( aktif)
P - Passive (Pasif)
S - Skill (kemahiran )

Langkah-langkah T.O.T.A.P.S

T-Talking (bercakap )
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera
  • Apa yang berlaku?
  • Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?
  • Apa yang kamu rasa?
  • Bahagian mana yang cedera?
  • Adakah bahagian lain yang cedera?
  • Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?
      
           O- Observe (memerhati)
        Memerhati ketika bercakap dengan atlet
  • Adakah atlet/mangsa tertekan ?
  • Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa?
  • Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?
  • Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain
  • Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?
            
           T- Touch ( sentuhan )
             Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera                  
             dan secara perlahan begerak ke kawasan yang cedera.

  • Adakah terdapat kelembutan?
  • Adakah terdapat kecacatan?
  • Adalah kawasan cedera panas?

        Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi   
        fraktur dan dislokasi.
          
            A- Active (aktif)
        Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa
        sakit berhenti.            

  • Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera terlebih dahulu.
  • Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh atau terhad?
  • Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan tersebut dirasai?
           P- Passif (pasif)
              Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat
          pergerakkan yang normal. Berhenti jika kesakitan berlaku.

  • Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh?
  • Bilakah kesakitan berlaku?

  • Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang tercedera.

            Berhenti disini bila atlet/mangsa mengadu kesakitan     
            atau hilang/bertambah julat pergerakan

            S- Skill (kemahiran)

            Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat
            pergerakan yang normal tanpa kesakitan, suruh
            atlet/mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang
            perlahan.

  • Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti
  • Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan latihan atau permainan








2 comments:

.

.